Wednesday, January 13, 2016

HAK DALAM HARTA PUSAKA

Pusaka : Hak Wanita Dalam Pewarisan Harta
Saya terpanggil untuk menulis topik ini setelah seorang kawan bertanya kepada saya, kenapa bahagian lelaki melebihi bahagian perempuan dalam pemilikan harta melalui pembahagian harta pusaka? Adakah faraid tidak prihatin kepada golongan hawa?
Dalam kita mengutarakan persoalan sebegini, kita perlu berhati-hati mungkin ianya akan menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati kita.

TAKRIF PUSAKA

Dalam bahasa arab : faraid atau mirath
Istilah : Ilmu yang menentukan tiap-tiap hak dari pusaka. Ia merupakan satu bentuk pengiraan yang telah ditetapkan oleh syarak mengenai pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang layak menerimanya.
Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati. Semua harta tersebut adalah milikan penuh si mati dan dapat diwarisi seperti duit simpanan, KWSP, insuran, harta sepencarian dan mas kahwin yang belum dibayar oleh suami kepada isteri sehingga kematiannya.
Waris ialah orang yang berhak mewarisi harta si mati.

KEDUDUKAN WANITA

Pada zaman jahiliyah menyaksikan dunia ketika itu didominasi oleh kaum lelaki dan wanita adalah mangsa diskriminasi. Wanita dinafikan hak dalam pewarisan harta. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita dan memberi hak kepada mereka termasuklah hak untuk mewarisi harta pusaka.

HAK WANITA DALAM PEWARISAN PUSAKA

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya dan bagi perempuan ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu menurut bahagian yang telah ditetapkan." (Surah al-Nisa' : ayat 7)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai hak dalam pewarisan harta pusaka. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut kedudukan mereka dalam keluarga sama ada sebagai ibu, anak, isteri, adik atau kakak. Syariat Islam telah membariskan senarai waris wanita yang layak menerima harta peninggalan si mati :- anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki, nenek sebelah ibu, nenek sebelah bapa, adik-beradik perempuan seibu sebapa, adik beradik perempuan sebapa, adik beradik perempuan seibu dan isteri. 

PUSAKA : BAHAGIAN LELAKI MELEBIHI BAHAGIAN PEREMPUAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu untuk seorang anak lelaki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari 2 maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka dia memperoleh separuh harta..." (Surah al-Nisa' : ayat 11)


Jelas bahawa anak perempuan mendapat bahagian separuh daripada apa yang diterima oleh anak lelaki.

KENAPA???

Ada hikmah dan falsafah di sebalik dasar pembahagian itu. Ianya demi mengimbangi tanggungjawab dan kewajipan lelaki dalam keluarga. Antara hikmahnya ialah :-
Lelaki wajib membayar mas kahwin (mahar) kepada isteri dan mereka diwajibkan menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.
Lelaki lebih memerlukan kewangan yang banyak untuk menampung kehidupan seharian seperti nafkah kepada isteri dan anak-anak, menampung kos perubatan dan pendidikan.
Seorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan sudah terjamin kerana nafkahnya wajib ke atas suami apabila berkahwin dan sekiranya belum berkahwin wajib ke atas bapa atau kaum kerabat yang lain atau walinya.
Perempuan juga tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.

Dengan ini jelas bahawa wujudnya konsep keadilan undang-undang pusaka Islam dalam hubungan kekeluargaan. Walaupun dilihat kaum hawa mendapat bahagian yang sedikit berbanding kaun adam, tetapi bahagian yang diterima itu adalah miliknya yang mutlak dan tidak perlu dikongsi dengan pihak lain. Sedangkan lelaki adanya pelbagai tanggungjawab yang telah ditetapkan ke atas mereka. Maka wajarlah mereka mendapat bahagian yang lebih


Hak-Hak Ke Atas Harta 

1. Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya 
2. Penyelengaraan mayat sehingga dikebumikan 
3. Hutang puitang 
4. Wasiat 
5. Hak Pusaka
*Keutamaan mengikut susunan 
  

Kelayakan Menjadi Waris
    1) Nasab 
    2) Perkahwinan yang sah

Syarat-Syarat Pewarisan
    1) Kematian - matinya orang yang hartanya diwarisi 
    2) Pewaris masih hidup 
    3) Tiada halangan dari segi pewarisan

Hilang Kelayakan Menjadi Waris
    1) Membunuh orang yang hartanya ingin diwarisi 
    2) Berlainan agama termasuk murtad 
    3) Perhambaan

Ashabul Furud 
  
Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan iaitu 2/3, 1/2, 1/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri daripada  : 
  
    1) Anak Perempuan 
    2) Ayah 
    3) Emak 
    4) Datuk 
    5) Nenek 
    6) Saudara P seibu sebapa 
    7) Saudara P sebapa 
    8) Saudara P seibu 
    9) Saudara L seibu 
    10) Suami 
    11) Isteri

Pembahagian Harta Pusaka 

a)  Anak Perempuan (P)
    1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Asabah (lebihan) bila bersama anak lelaki(L) 

b) Cucu P dari anak L
    1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 1/6 bila seorang dan bersama seorang anak P 
    3. 2/3 bila dua orang @ lebih 
    4. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    5. Mahjub (terhalang) bila ada 2 anak P 
    6. Asabah (lebihan) bila ada anak L sebelah bapa 
    7. Asabah (lebihan) bila ada cucu L walaupun ada 2 anak P 

c) Saudara P Seibu-sebapa (I/B)
  1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    4. Asabah (lebihan) bila ada cucu dari anak L 
    5. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (I/B) 
    6. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada cucu dari anak L ke bawah 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada bapa 

d) Saudara Perempuan Sebapa (B)
   1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. 1/6 bila ada saudara P (I/B) 
    4. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (B) 
    5. Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    6. Asabah (lebihan) bila ada cucu P drp anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada 2 orang saudara P (I/B) 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    9. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    10.Mahjub (terhalang) bila ada Bapa 
    11.Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    12.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama anak P 
    13.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama cucu P drp anak L 

e) Saudara Perempuan Seibu (I)
  1. 1/6 bila seorang sahaja 
    2. 1/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    4. Mahjub (terhalang) bila ada ada anak P 
    5. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    6. Mahjub (terhalang) bila ada cucu P drp anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada bapa 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada datuk 

f) Bapa dan Datuk
  1. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    2. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada ada cucu P drp anak L 
    3. 1/6 bila ada anak L 
    4. 1/6 bila ada cucu L drp anak L 
    5. Asabah (lebihan)bila tiada ;
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d) cucu P drp anak L
    6. Datuk Mahjub (terhalang) bila ada bapa
  
g) Emak
        1.  1/6 bila ada anak L 
        2. 1/6 bila ada anak P 
        3. 1/6 bila ada cucu L drp anak L 
        4. 1/6 bila ada cucu P drp anak L 
        5.  1/6 bila ada 2 @ lebih Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak 
        6. 1/3 bila tiada ;
            a) anak L   b) anak P  c) cucu L drp anak L  d) cucu P drp anak L
        7. 1/3 bila ada seorang Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak 
        8. 1/3 drp baki bila terdiri drp ;
            a) emak        b) bapa       c) suami @ isteri 

h) Suami
        1. 1/2 bila tiada :
            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L  d)cucu P drp anak L
        2. 1/4 bila ada ;
            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L 
  

i) Isteri
        1. 1/4 bila tiada :
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L
        2. 1/8 bila ada ;
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L 
  
  
  
Asabah
Menurut Istilah Syarak,'Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Menurut pendapat ulama' Faraid, 'Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal.
    Mereka ialah :
        1) Anak L 
        2) Cucu L 
        3) Saudara L seibu sebapa 
        4) Saudara L sebapa 
        5) Bapa saudara seibu sebapa 

Pembahagian 'Asabah
'Asabah terbahagi kepada 2 bahgaian iaitu ;
     1) 'Asabah Nasabiah iaitu 'asabah kerana nasab 
     2) 'Asabah Sebabiah iaitu 'asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang   memerdekakan hamba tadi mewarisi harta hamba yang dimerdekakannya jika  hamba tersebut tidak mempunyai waris. 

Jenis-Jenis 'Asabah Nasabiah 

    1) 'Asabah Bi an-Nafsi
        Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu :
            a) Anak yang meliputi : 
                   1) anak simati, 
                   2) cucu sebelah anak L dan ke bawah
            b) Bapa yang meliputi : 
                   1) ayah simati, 
                   2) datuk sebelah bapa dan ke atas
            c) Saudara yang meliputi : 
                   1) saudara seibu sebapa, 
                   2) saudara sebapa, 
                   3) anak saudara dari saudara L seibu sebapa, 
                   4) anak saudara L dari saudara sebapa dan ke bawah
            d) Bapa Saudara yang meliputi : 
                   1) Bapa Saudara seibu sebapa, 
                   2) Bapa Saudara sebapa, 
                   3) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara seibu sebapa, 
                   4) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara sebapa 

    Tips Tambahan
        # 'Asabah Bi an-Nafsi yang mempunyai 4 golongan adalah mengikut tertib iaitu diutamakan anak ke atas bapa, bapa lebih utama daripada saudara dan saudara lebih berhak daripada bapa saudara. Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta @ sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta kecuali anak dan ayah (sila tekan di sini) 

    2) 'Asabah Bi Ghairihi 
        Semua mereka adalah perempuan iaitu :
                a) Anak Perempuan akan mendapat 'asabah jika bersama (saudaranya) anak lelaki 
                b) Cucu P sebelah anak L jika bersama (saudaranya)  cucu P sebelah anak L dan ke bawah 
                c) Saudara P seibu sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L seibu sebapa 
                d) Saudara P sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L  sebapa                

Syarat-Syarat 'Asabah Bi Ghairihi
    1) Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud 
    2) Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti anak P mestilah dengan kehadiran anak L dan tidak sah kalau anak P dengan saudara L sebapa 
    3) Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh 'asabah saudara P seibu sebapa dengan kehadiran saudara L sebapa  
  
Setiap golongan menjadi 'asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan ( 2 : 1) 

3) 'Asabah Ma'a Ghairihi 
'Asabah Ma'a Ghairihi  ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :
                a) Saudara P seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah 
                b) Saudara P sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah 
  
 Tips Tambahan
# Perempuan yang termasuk dalam 'Asabah Ma'a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara L bagi diri mereka 
  # Jika Saudara P seibu sebapa menjadi 'Asabah Ma'a Ghairihi, maka dia mempunyai kuasa spt Saudara L seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi  dia tidak layak mengambil harta mengikut bahagian  Saudara L se ibu sebapa. 
  


Hajbu  (Halangan) 

Hajbu (Halangan) ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh  harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya. 

Pembahagian Hajbu 

    1) Hajbu Hirman
        Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti cucu L terhalang daripada  mewarisi harta kerana adanya anak L 

 Waris Yang Tidak Akan Terhalang 
  
        a)  Anak kandung L 
        b)  Anak kandung P 
        c)  Bapa 
        d)  Emak 
        e) Suami 
         f) Isteri 

    Waris Yang  Akan Terhalang
    Waris Lelaki
        a) Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat 
        b) Saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L
          c) Saudara L sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L 
                    4) saudara L seibu sebapa 
                    5) Saudara P seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi  (sila klik di sini)
         d) Saudara L seibu dan Saudara P seibu apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) anak P 
                    6) cucu P dari anak L dan ke bawah
        e) cucu L dari anak L apabila adanya  anak L, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit) 
         f)  anak saudara dari saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa
        g) anak saudara dari saudara L sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
        h) Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa
        i) Bapa Saudara sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa
        j) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa 
                    9) Bapa Saudara sebapa
        k) Anak Bapa Saudara  (sepupu) sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa 
                    9) Bapa Saudara sebapa 
                 10) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa 

    Waris Perempuan
        a) Nenek apabila ada emak 
        b) Cucu P dari anak L apabila adanya sama ada 
                    1) anak L 
                    2) 2 orang @ ramai anak P kecuali  dia menjadi 'asabah
        c) Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L dan ke bawah
        d) Saudara Perempuan sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    4) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi (sila klik di sini) 
                    5) 2 orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi 'asabah
        e)  Saudara Perempuan seibu apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) datuk 
                    3) anak L 
                    4) anak P 
                    5) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    6) cucu P dari anak L dan ke bawah 
  

    2) Hajbu Nukshan
Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain misalnya hak suami 1/2 drp harta berkurangan kepada 1/4 kerana adanya anak. 

No comments:

Post a Comment