Wednesday, January 13, 2016

HAK DALAM HARTA PUSAKA

Pusaka : Hak Wanita Dalam Pewarisan Harta
Saya terpanggil untuk menulis topik ini setelah seorang kawan bertanya kepada saya, kenapa bahagian lelaki melebihi bahagian perempuan dalam pemilikan harta melalui pembahagian harta pusaka? Adakah faraid tidak prihatin kepada golongan hawa?
Dalam kita mengutarakan persoalan sebegini, kita perlu berhati-hati mungkin ianya akan menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati kita.

TAKRIF PUSAKA

Dalam bahasa arab : faraid atau mirath
Istilah : Ilmu yang menentukan tiap-tiap hak dari pusaka. Ia merupakan satu bentuk pengiraan yang telah ditetapkan oleh syarak mengenai pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang layak menerimanya.
Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati. Semua harta tersebut adalah milikan penuh si mati dan dapat diwarisi seperti duit simpanan, KWSP, insuran, harta sepencarian dan mas kahwin yang belum dibayar oleh suami kepada isteri sehingga kematiannya.
Waris ialah orang yang berhak mewarisi harta si mati.

KEDUDUKAN WANITA

Pada zaman jahiliyah menyaksikan dunia ketika itu didominasi oleh kaum lelaki dan wanita adalah mangsa diskriminasi. Wanita dinafikan hak dalam pewarisan harta. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita dan memberi hak kepada mereka termasuklah hak untuk mewarisi harta pusaka.

HAK WANITA DALAM PEWARISAN PUSAKA

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya dan bagi perempuan ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu menurut bahagian yang telah ditetapkan." (Surah al-Nisa' : ayat 7)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai hak dalam pewarisan harta pusaka. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut kedudukan mereka dalam keluarga sama ada sebagai ibu, anak, isteri, adik atau kakak. Syariat Islam telah membariskan senarai waris wanita yang layak menerima harta peninggalan si mati :- anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki, nenek sebelah ibu, nenek sebelah bapa, adik-beradik perempuan seibu sebapa, adik beradik perempuan sebapa, adik beradik perempuan seibu dan isteri. 

PUSAKA : BAHAGIAN LELAKI MELEBIHI BAHAGIAN PEREMPUAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu untuk seorang anak lelaki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari 2 maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka dia memperoleh separuh harta..." (Surah al-Nisa' : ayat 11)


Jelas bahawa anak perempuan mendapat bahagian separuh daripada apa yang diterima oleh anak lelaki.

KENAPA???

Ada hikmah dan falsafah di sebalik dasar pembahagian itu. Ianya demi mengimbangi tanggungjawab dan kewajipan lelaki dalam keluarga. Antara hikmahnya ialah :-
Lelaki wajib membayar mas kahwin (mahar) kepada isteri dan mereka diwajibkan menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.
Lelaki lebih memerlukan kewangan yang banyak untuk menampung kehidupan seharian seperti nafkah kepada isteri dan anak-anak, menampung kos perubatan dan pendidikan.
Seorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan sudah terjamin kerana nafkahnya wajib ke atas suami apabila berkahwin dan sekiranya belum berkahwin wajib ke atas bapa atau kaum kerabat yang lain atau walinya.
Perempuan juga tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.

Dengan ini jelas bahawa wujudnya konsep keadilan undang-undang pusaka Islam dalam hubungan kekeluargaan. Walaupun dilihat kaum hawa mendapat bahagian yang sedikit berbanding kaun adam, tetapi bahagian yang diterima itu adalah miliknya yang mutlak dan tidak perlu dikongsi dengan pihak lain. Sedangkan lelaki adanya pelbagai tanggungjawab yang telah ditetapkan ke atas mereka. Maka wajarlah mereka mendapat bahagian yang lebih


Hak-Hak Ke Atas Harta 

1. Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya 
2. Penyelengaraan mayat sehingga dikebumikan 
3. Hutang puitang 
4. Wasiat 
5. Hak Pusaka
*Keutamaan mengikut susunan 
  

Kelayakan Menjadi Waris
    1) Nasab 
    2) Perkahwinan yang sah

Syarat-Syarat Pewarisan
    1) Kematian - matinya orang yang hartanya diwarisi 
    2) Pewaris masih hidup 
    3) Tiada halangan dari segi pewarisan

Hilang Kelayakan Menjadi Waris
    1) Membunuh orang yang hartanya ingin diwarisi 
    2) Berlainan agama termasuk murtad 
    3) Perhambaan

Ashabul Furud 
  
Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan iaitu 2/3, 1/2, 1/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri daripada  : 
  
    1) Anak Perempuan 
    2) Ayah 
    3) Emak 
    4) Datuk 
    5) Nenek 
    6) Saudara P seibu sebapa 
    7) Saudara P sebapa 
    8) Saudara P seibu 
    9) Saudara L seibu 
    10) Suami 
    11) Isteri

Pembahagian Harta Pusaka 

a)  Anak Perempuan (P)
    1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Asabah (lebihan) bila bersama anak lelaki(L) 

b) Cucu P dari anak L
    1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 1/6 bila seorang dan bersama seorang anak P 
    3. 2/3 bila dua orang @ lebih 
    4. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    5. Mahjub (terhalang) bila ada 2 anak P 
    6. Asabah (lebihan) bila ada anak L sebelah bapa 
    7. Asabah (lebihan) bila ada cucu L walaupun ada 2 anak P 

c) Saudara P Seibu-sebapa (I/B)
  1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    4. Asabah (lebihan) bila ada cucu dari anak L 
    5. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (I/B) 
    6. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada cucu dari anak L ke bawah 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada bapa 

d) Saudara Perempuan Sebapa (B)
   1. 1/2 bila seorang sahaja 
    2. 2/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. 1/6 bila ada saudara P (I/B) 
    4. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (B) 
    5. Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    6. Asabah (lebihan) bila ada cucu P drp anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada 2 orang saudara P (I/B) 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    9. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    10.Mahjub (terhalang) bila ada Bapa 
    11.Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    12.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama anak P 
    13.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama cucu P drp anak L 

e) Saudara Perempuan Seibu (I)
  1. 1/6 bila seorang sahaja 
    2. 1/3 bila 2 orang atau lebih 
    3. Mahjub (terhalang) bila ada anak L 
    4. Mahjub (terhalang) bila ada ada anak P 
    5. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L 
    6. Mahjub (terhalang) bila ada cucu P drp anak L 
    7. Mahjub (terhalang) bila ada bapa 
    8. Mahjub (terhalang) bila ada datuk 

f) Bapa dan Datuk
  1. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada anak P 
    2. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada ada cucu P drp anak L 
    3. 1/6 bila ada anak L 
    4. 1/6 bila ada cucu L drp anak L 
    5. Asabah (lebihan)bila tiada ;
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d) cucu P drp anak L
    6. Datuk Mahjub (terhalang) bila ada bapa
  
g) Emak
        1.  1/6 bila ada anak L 
        2. 1/6 bila ada anak P 
        3. 1/6 bila ada cucu L drp anak L 
        4. 1/6 bila ada cucu P drp anak L 
        5.  1/6 bila ada 2 @ lebih Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak 
        6. 1/3 bila tiada ;
            a) anak L   b) anak P  c) cucu L drp anak L  d) cucu P drp anak L
        7. 1/3 bila ada seorang Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak 
        8. 1/3 drp baki bila terdiri drp ;
            a) emak        b) bapa       c) suami @ isteri 

h) Suami
        1. 1/2 bila tiada :
            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L  d)cucu P drp anak L
        2. 1/4 bila ada ;
            a) anak L   b)anak P  c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L 
  

i) Isteri
        1. 1/4 bila tiada :
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L
        2. 1/8 bila ada ;
           a) anak L      b) anak P   c) cucu L drp anak L   d)cucu P drp anak L 
  
  
  
Asabah
Menurut Istilah Syarak,'Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Menurut pendapat ulama' Faraid, 'Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal.
    Mereka ialah :
        1) Anak L 
        2) Cucu L 
        3) Saudara L seibu sebapa 
        4) Saudara L sebapa 
        5) Bapa saudara seibu sebapa 

Pembahagian 'Asabah
'Asabah terbahagi kepada 2 bahgaian iaitu ;
     1) 'Asabah Nasabiah iaitu 'asabah kerana nasab 
     2) 'Asabah Sebabiah iaitu 'asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang   memerdekakan hamba tadi mewarisi harta hamba yang dimerdekakannya jika  hamba tersebut tidak mempunyai waris. 

Jenis-Jenis 'Asabah Nasabiah 

    1) 'Asabah Bi an-Nafsi
        Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu :
            a) Anak yang meliputi : 
                   1) anak simati, 
                   2) cucu sebelah anak L dan ke bawah
            b) Bapa yang meliputi : 
                   1) ayah simati, 
                   2) datuk sebelah bapa dan ke atas
            c) Saudara yang meliputi : 
                   1) saudara seibu sebapa, 
                   2) saudara sebapa, 
                   3) anak saudara dari saudara L seibu sebapa, 
                   4) anak saudara L dari saudara sebapa dan ke bawah
            d) Bapa Saudara yang meliputi : 
                   1) Bapa Saudara seibu sebapa, 
                   2) Bapa Saudara sebapa, 
                   3) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara seibu sebapa, 
                   4) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara sebapa 

    Tips Tambahan
        # 'Asabah Bi an-Nafsi yang mempunyai 4 golongan adalah mengikut tertib iaitu diutamakan anak ke atas bapa, bapa lebih utama daripada saudara dan saudara lebih berhak daripada bapa saudara. Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta @ sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta kecuali anak dan ayah (sila tekan di sini) 

    2) 'Asabah Bi Ghairihi 
        Semua mereka adalah perempuan iaitu :
                a) Anak Perempuan akan mendapat 'asabah jika bersama (saudaranya) anak lelaki 
                b) Cucu P sebelah anak L jika bersama (saudaranya)  cucu P sebelah anak L dan ke bawah 
                c) Saudara P seibu sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L seibu sebapa 
                d) Saudara P sebapa jika bersama (saudaranya)  saudara L  sebapa                

Syarat-Syarat 'Asabah Bi Ghairihi
    1) Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud 
    2) Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti anak P mestilah dengan kehadiran anak L dan tidak sah kalau anak P dengan saudara L sebapa 
    3) Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh 'asabah saudara P seibu sebapa dengan kehadiran saudara L sebapa  
  
Setiap golongan menjadi 'asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan ( 2 : 1) 

3) 'Asabah Ma'a Ghairihi 
'Asabah Ma'a Ghairihi  ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :
                a) Saudara P seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah 
                b) Saudara P sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah 
  
 Tips Tambahan
# Perempuan yang termasuk dalam 'Asabah Ma'a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara L bagi diri mereka 
  # Jika Saudara P seibu sebapa menjadi 'Asabah Ma'a Ghairihi, maka dia mempunyai kuasa spt Saudara L seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi  dia tidak layak mengambil harta mengikut bahagian  Saudara L se ibu sebapa. 
  


Hajbu  (Halangan) 

Hajbu (Halangan) ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh  harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya. 

Pembahagian Hajbu 

    1) Hajbu Hirman
        Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti cucu L terhalang daripada  mewarisi harta kerana adanya anak L 

 Waris Yang Tidak Akan Terhalang 
  
        a)  Anak kandung L 
        b)  Anak kandung P 
        c)  Bapa 
        d)  Emak 
        e) Suami 
         f) Isteri 

    Waris Yang  Akan Terhalang
    Waris Lelaki
        a) Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat 
        b) Saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L
          c) Saudara L sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L 
                    4) saudara L seibu sebapa 
                    5) Saudara P seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi  (sila klik di sini)
         d) Saudara L seibu dan Saudara P seibu apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) anak P 
                    6) cucu P dari anak L dan ke bawah
        e) cucu L dari anak L apabila adanya  anak L, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit) 
         f)  anak saudara dari saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa
        g) anak saudara dari saudara L sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
        h) Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa
        i) Bapa Saudara sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa
        j) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa 
                    9) Bapa Saudara sebapa
        k) Anak Bapa Saudara  (sepupu) sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) Datuk 
                    3) anak L 
                    4) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    5) saudara L sebapa 
                    6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa 
                    7) anak saudara dari saudara L sebapa 
                    8) Bapa Saudara seibu sebapa 
                    9) Bapa Saudara sebapa 
                 10) Anak Bapa Saudara  (sepupu) seibu sebapa 

    Waris Perempuan
        a) Nenek apabila ada emak 
        b) Cucu P dari anak L apabila adanya sama ada 
                    1) anak L 
                    2) 2 orang @ ramai anak P kecuali  dia menjadi 'asabah
        c) Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L dan ke bawah
        d) Saudara Perempuan sebapa apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) anak L 
                    3) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    4) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi (sila klik di sini) 
                    5) 2 orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi 'asabah
        e)  Saudara Perempuan seibu apabila adanya sama ada 
                    1) bapa 
                    2) datuk 
                    3) anak L 
                    4) anak P 
                    5) cucu L dari anak L dan ke bawah 
                    6) cucu P dari anak L dan ke bawah 
  

    2) Hajbu Nukshan
Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain misalnya hak suami 1/2 drp harta berkurangan kepada 1/4 kerana adanya anak. 

SIAPA YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT?

8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma “ ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)

Huraian Hadith: 

1. Golongan Fakir miskin adalah orang-orang yang hidupnya susah yang terdesak sehingga terdorong meminta sedekah ke sana ke mari.

2. Terdapat segelintir fakir miskin yang hidupnya sentiasa lapar dan menderita, dan mereka pula tidak rela mengadukan hal kepada orang lain. Keadaan mereka yang menyedihkan itu tidak diketahui umum. Golongan inilah sebenar-benarnya yang miskin, dan merekalah yang lebih layak menerima zakat.

3. Golongan yang berhak menerima zakat terbahagi kepada lapan asnaf, mereka ialah: orang fakir, orang miskin, amil, golongan muallaf, hamba abdi, orang yang menanggung hutang untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir.

4. Mereka yang layak menerima zakat pula disyaratkan antaranya;beragama Islam, bukan orang yang ditanggung nafkahnya dan bukan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
  1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
  6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan

Salah guna wang zakat

Ulama terkenal dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan bahawa adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. Penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.
Dalam Al Quran, wang zakat perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya. Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar.

PERSPEKTIF BERBEZA = Mengapa PERLU Hak Golongan Professional ?

HAK GOLONGAN PROFESIONAL

Hak didefinisikan sebagai tuntutan moral (Rowan & Zenaich Jr 2000). Sarjana yangmula-mula menggunakan istilah hak sebagai tuntutan moral ialah Wesley Hohfeld(1919).Jika seseorang individu menuntut hak moralnya tidak mahu diganggu oleh orang lainmaka ia perlulah difahami oleh orang lain sebagai satu tanggungjawab moral untuk tidak menggangu individu tersebut.

Hak Moral

Merujuk kepada hak seseorang individu tidak boleh diganggu oleh orang lainPerlu difahami oleh orang lain tanggungjawab mereka adalah tidak menganggu hak individu tersebut.

Hak Profesional

Seorang profesional mempunyai hak moral yang bertindih dengan hak sebagai manusia biasa - sebagai pekerja dan sebagai profesionalSebagai manusia biasa profesional mempunyai hak untuk hidup dan kebebasanmenjalankan kehidupan berdasarkan kepentingan masing-masingMereka berhak untuk bekerja bagi menyara kehidupan dan berhak untuk tidak didiskriminasi dalam apa bentuk sekalipunHak yang penting bagi seseorang professional ialah hak yang berkaitan dengan peranannya sebagai seorang professional dan obligasi yang terlibat. Antaranya :

1.

Hak untuk membuat penilaian secara bebas iaitu tanpa ugutan dan paksaan

2.

Hak untuk menolak daripada melakukan sebarang tindakan yang tidak beretikadan melanggar undang-undang

3.

Hak untuk bercakap kepada khalayak tentang tugas dan tanggungjawab

4.

Hak untuk melindungi klien dan orang awam daripada sebarang kemudaratan yang dilakukan oleh orang lain

5.

Hak untuk mendapatkan pengiktirafan professional hasil daripada kerja-kerja yang dilakukannya. 

Hak asasi seseorang profesional berkait rapat dengan hak moralnya iaitu melakukan penilaian yang bertanggungjawab semasa menjalankan tangungjawab profesionalnya


Hal ini penting kerana setiap professional mahu tidak mahu terpaksa membuat keputusanyang berkaitan dengan etika yang kompleks. Dalam keadaan seperti ini asas bagi hak professional ialah membuat pertimbangan tanpa gangguan atau campurtangan daripada pihak lain. Dalam keadaan tertentu seseorang professional memerlukan sumber tertentu untuk melaksanakan hak professional sejajar dengan obligasi terhadap profesionalnya. 

Contohnya seorang pensyarah yang ingin menghasilkan pelajar yang berkualiti perludisediakan dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seperti kemudahan komputer dalam kelas dan susunan kerusi meja yang sesuai dalam kelas dansuasana kelas yang kondusif. Hak moral profesional mestilah dihormati oleh orang lain. 

Profesional juga mempunyai hak moral untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang perbuatan yang tidak beretika seperti memalsukan dokumen, mengubah keputusan kajian, menipu dan lain-lain.

Isu Pelarian Rohingya : Di Mana Nilai Kemanusiaan Kita ?




Kajian Kes: Pelarian Rohingya
Burma dan wilayahnya

Mengapa pelarian Rohingya berbeza dengan kebanyakkan etnik di Myanmar dari segi budaya, rupa, warna kulit mahupun agama? Mengapa juga pelarian Rohingya ini mempunyai raut wajah seakan-akan warga asing dari India, Bangladesh atau Pakistan?

Perkara ini akan dibincangkan dengan mengenal pasti asal-usul etnik ini. Walau bagaimanapun, perbincangan dalam kajian ini akan dimulakan dengan membicarakan mengenai sejarah negara Burma atau Myanmar secara umum sebelum memfokus kepada pelarian Rohingya yang berasal dari sana.

Negara Burma dahulu tidak seperti Burma yang wujud pada hari ini kerana ia berbeza dari segi kedudukan geografi dan entografinya.

Kerajaan yang pertama yang dipercayai wujud adalah kerajaan Pagan (1044–1287) dan selepas itu muncul pula kerajaan-kerajaan beraja yang kecil (1287-1531) yang menjalankan pemerintahan di kawasan masing-masing.

Kemudian (1531-1752) muncul kerajaan atau Wangsa Taungoo yang bermula dari sebuah perkampungan kecil kepada sebuah kerajaan yang hampir menguasai keseluruhan Burma.

Selepas jatuhnya Wangsa Taungoo, wujud pula Wangsa Konbaung (1752-1885) yang berjaya menyatukan Burma di bawah satu wangsa selepas berjaya mengalahkan Kerajaan Mon di Pegu.

Hasilnya, kawasan taklukan Wangsa Konbaung adalah kesinambungan kerajaan Burma yang ada pada hari ini.

Pada tahun 1824 hingga 1886, selepas tiga kali berperang Burma terpaksa menyerahkan kekuasaanya pada penjajah British.

1 Januari 1886, secara rasminya Burma menjadi sebahagian empayar British-India. Pada awal tahun 1942 hingga Mei 1945, Burma ditakluk oleh Jepun.

Selepas tentera Jepun berundur dari Burma, British kembali menguasai bekas tanah jajahannya itu sekali lagi walaupun mendapat tentangan nasionalis tempatan ketika itu.

Pada 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Burma kini diperintah oleh anak tempatan bernama U Nu yang mengamalkan dasar kerajaan awam yang liberal.
Namun pada 2 Mac 1962, Jeneral Ne Win telah melancarkan gerakan merampas kuasa dan mewujudkan sebuah kerajaan sosialis yang bersifat kuku besi atau autoritarian.

U Nu adalah seorang tokoh nasionalis dan tokoh politik yang terkemuka di Burma abad ke-20.

Beliau adalah Perdana Menteri pertama Burma di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan 1947 Kesatuan Myanmar, mulai 4 Januari 1948 hingga 12 Jun 1956, sekali lagi dari 28 Februari 1957 hingga 28 Oktober 1958, dan akhirnya dari 4 April 1960 hingga 2 Mac 1962 sebelum kuasa pemerintahannya dirampas junta tentera.

Meninggal dunia pada 14 Februari 1995 di Yangon ketika berumur 87 tahun.

Negara Burma terdiri daripada tujuh negeri kecil bersempena dengan nama tujuh etnik minoriti iaitu Shan, Chin, Kachin, Mon, Arakan atau Rakhine, Kayah dan Kayin serta tujuh wilayah yang majoritinya didiami oleh etnik Bamar yang merupakan etnik majoriti di Burma.

Kedatangan Islam

Majoriti etnik Rohingya tinggal di bahagian utara negeri Arakan atau Rakhine yang terletak di Barat Burma.

Negeri ini juga bersempadan dengan negara Bangladesh. Berdasarkan sejarah, etnik Rohingya adalah beragama Islam disebabkan berlakunya aktiviti migrasi seperti perdagangan oleh sejak abad ke 9 oleh pedagang Arab yang membawa agama Islam ke Arakan.

Rohingya merupakan susur galur daripada percampuran penduduk tempatan menerusi perkahwinan dengan penduduk Muslim dari Afghanistan, Parsi, Turki, Semenanjung Arab dan Bengal.

Bahasa yang dipertuturkan dinamakan Bahasa Rohingya yang mempunyai persamaan dengan Bahasa Bengali yang digunakan oleh penduduk di Chittagong, sebuah wilayah di Bangladesh.

Walau bagaimanapun bahasa ini adalah campuran daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Urdu, Hindi, Arab dan Bahasa Bamar yang dipertuturkan oleh masyarakat Myanmar majoritinya, manakala bentuk tulisannya adalah terdiri daripada huruf-huruf dalam Bahasa Arab yang sama seperti masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sebelum wujudnya tulisan rumi.

Mengikut sejarah, pada mulanya Rakhine merupakan suatu wilayah diperintah berasingan dengan wilayah dan negeri lain di Myanmar serta merupakan sebuah negara yang berdaulat.

Sehingga pertengahan abad ke-17, Rakhine dipengaruhi oleh perkembangan politik di benua kecil India.

Kesan daripada jatuh naiknya kuasa Maharaja Mughal di Delhi, Rakhine berjaya mendapatkan Chittagong dan kawasan sekitarnya menjadi sebahagian daripada negara Rakhine.

Tetapi disebabkan berlakunya pergolakan dalaman dalam kerajaan ini menyebabkan Rakhine telah jatuh ke tangan Raja Bodawpaya, Raja Myanmar ketika itu lalu menjadikan negara ini sebahagian daripada wilayah di Myanmar pada tahun 1784.

Arakan merupakan nama lama bagi negeri itu. Tetapi semenjak tahun 1989, ianya telah ditukarkan kepada Rakhine oleh kerajaan junta.

Begitu juga dengan nama Burma telah ditukarkan kepada Myanmar pada tahun yang sama dan selepas ini segala perbincangan dalam kajian ini akan menggunakan nama terbaru bagi negeri Rakhine dan negara Myanmar.

Walaupun kajian Abu Talib Ahmad, seorang Profesor Sejarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia mengatakan Islam sudah wujud sekitar abad ke-9 lagi di Arakan atau Rakhine, namun beliau juga mengatakan bahawa pada tahun 1430, Narameikhla iaitu seorang raja Arakan ketika itu telah berjaya meminta bantuan pahlawan-pahlawan Islam berkemungkinan dari Benggala untuk menentang pencerobohan ke atas negaranya.

Melalui kemasukan mereka ke Arakan maka bermulalah pengaruh politik Islam di sana.

Raja Narameikhla telah membina sebuah masjid di Mrauk-U (Mrohaung) yang merupakan sebuah bandar lama dan kaya dengan legenda serta peninggalan sejarah.

Mrauk-U juga dikenali sebagai pusat pemerintahan Raja Narameikhla yang terletak di kawasan tanah pamah antara Sungai Lemro dan Sungai Kaladan.

Bandar terus menjadi kebanggaan bangsa Arakan sehingga abad ke-18. Sebelum ini penduduk Arakan bukan beragama Islam.

Namun disebabkan kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang berlabuh di pelabuhan Arakan sebelum ke Negara China menyebabkan Islam berkembang di Arakan.

Kini di Arakan terdapat dua golongan yang menjadi majoriti di sana iaitu etnik Islam Rohingya dan etnik Buddha Arakan serta terdapat kelompok minoriti lain yang mengamalkan agama masing-masing seperti Hindu, Kristian dan Animisme.

Semasa era penjajahan British (1824-1948), telah berlaku aktiviti migrasi secara besar-besaran di mana British telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India, tidak ketinggalan juga masyarakat di wilayah Chittagong, Bangladesh yang majoritinya beragama Islam ke Rakhine disebabkan kedudukan geografinya yang hampir dengan Rakhine serta peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak British.

Kesannya jumlah populasi ketika itu dianggarkan kira-kira tiga juta orang. Di antara itu kira-kira 700,000 hingga 1.5 juta adalah orang Rohingya, selebihnya adalah populasi yang dipelopori oleh Buddha Rakhine yang berpopulasi besar, Islam Rakhine dan etnik minoriti yang lain seperti Mro, Daignet, Kamein, Thet dan Chin.

Kira-kira 800,000 atau 80% orang Rohingya tinggal di bandar-bandar Utara Rakhine seperti Maungdaw, Daignet dan Rethadaung.




Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti.

Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang terkini, Myanmar tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas bagi orang Rohingya yang berada dalam situasi ‘Keadaan Tidak Berkerakyatan’ (KTB).

Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk menjadi sebahagian warganegara Myanmar dengan mudah.

Walau bagaimanapun, dalam akta ini terdapat sedikit ruang yang memungkinkan orang Rohingya menjadi warganegara Myanmar di bawah pemerintahan British ketika itu.

Semenjak Myanmar diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di Myanmar.

Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya dilabelkan sebagai PATI kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 di bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera Muslim.

Kemuncaknya pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta Immigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI.

Justeru kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977.

Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan selamat dan dekat.
Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun 1978.

Setelah berada di sana selama 16 bulan, kebanyakkan orang Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar.

Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang mati yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.

Walau bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan mereka pendatang haram di bumi sendiri yang menyebabkan mereka dalam situasi KTB.

Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang digubal dikatakan telah mengugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi KTB.

Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang Rohingya mengemukakan bukti yang mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi.

Rejim junta yang menggunakan gelaran The State Peace and Development Council (SPDC) telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik dalam masyarakat Myanmar berlandaskan kenyataan seperti berikut:

“In actual fact, although there are (135) national races living in Myanmar today, the so-called Rohingya people is not one of them. Historically, there has never been a ‘Rohingya’ race in Myanmar.

The very name Rohingya is a creation of a group of insurgents in the Rakhine State. Since the First Anglo-Myanmar War in 1824, people of Muslim Faith form the adjacent country illegally entered Myanmar Ngain-Ngan, particularly Rakhine State.

Being illegal immigrants they do not hold immigration papers like other national of the country.”

SPDC juga telah memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada April 2004 berkaitan isu kewargangeraan orang Rohingya:

“The Governments renders full of equal treatment to these people, as with other races, in matters relating birth and death registration, education, health and social affairs. In the official records, they listed as Bengali racial group of the Bengali race and are recognized as permenant residents within Myanmar.”
Berlandaskan kenyataan di atas, tindakan ke atas kerajaan junta ke atas orang Rohingya di Rakhine ke atas hak mereka masih dipertikaikan dan sehingga ke hari ini, hak orang Rohingya untuk memilik taraf kewargarnegaraan seperti 135 etnik Myanmar yang lain masih belum menjadi kenyataan.

Masalah ini sememangnya mempengaruhi pelarian Myanmar yang tidak mahu pulang ke negara asal kerana bimbang akan berlakunya pencabulan hak asasi mereka sekiranya pulang ke sana.

Berikutnya akan dibincangkan pula mengenai cara pelarian Rohingya lari ke Malaysia dan faktor yang mendorongnya untuk menetap di Malaysia.

BOM BOM BOM: Manusia mahu lari ke mana ?

Perangan nuklear, atau atom, adalah pertempuran di mana senjata nuklear digunakan. Ini hanya berlaku sekali - pengeboman atomik ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun yang mengakhiri Perang Dunia II di Asia. Pada masa kini istilah ini biasanya merujuk kepada konfrentasi di mana kedua pihak berlawan dilengkapi dengan senjata nuklear. Berbanding perperangan konventional, perperangan nuklear adalah lebih memusnahkan dalam jumlah kerosakan dan kawasan yang terjejas, dan mempunyai kesan masa panjang, kesan yang merosakkan yang berlangsung beberapa tahun, abad, malah dekad selepas serangan pertama


Titan II ICBM membawa 9 Mt W53 kepala peledak, menjadikannya salah satu senjata nuklear yang paling berkuasa digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dingin.

Kemungkinan menggunakan senjata nuklear dalam perang biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, setiap satu dengan kesan berlainan dan kemungkinan bertempur dengan jenis persenjataan nuklear yang berlainan.

Yang pertama, perperangan nuklear terhad (kadang-kala serangan atau pertukaran), merujuk kepada penggunaan senjata nuklear pada skala kecil oleh satu atau lebih pihak. "Perperangan nuklear terhad" kemungkinannya terdiri daripada pertukaran terhad antara dua kuasa nuklear yang mensasarkan kemudahan ketenteraan pihak lawan, samaada sebagai cubaan melumpuhkan keupayaan musuh bagi menyerang melalui serangan awal sebagai langkah pertahanan atau sebagai awalan kepada penjajahan oleh pasukan konvensional sebagau uasha penyerangan. Ia turut merujuk kepada perperangan nuklear antara dua kuasa nuklear kecil, yang ketiadaan keupayaan untuk melancarkan serangan mutlak. Istilah ini digunakan bagi sebarang kegunaan terhad senjata nuklear, yang mungkin membabitkan samaada sasaran ketenteraan atau awam.

Kedua merupakan, perperangan nuklear berskala penuh, terdiri daripada sejumlah besar senjata yang digunakan bagi menyerang keseluruh negara, termasuk sasaran awam dan tentera. Serangan sedemikian cuba untuk memusnahkan keseluruh infrasturktur ekonomi, masyarakat, dan tentera melalui serangan nuklear melampau. Perperangan nuklear sedemikian tidak mungkin dihad kepada hanya dua negara terbabit, terutama sekiranya salah satu kuasa nuklear besar terbabit.

Sesetengah pakar strategi Perang Dingin menegaskan bahawa perang nuklear terhad adalah mungkin antara dua kuasa besar bersenjata lengkap (seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union) dan beberapa menjangka bahawa perang terhad mampu "meningkat" menjadi perang sepenuhnya. Sesetengah yang lain menggelar perang nuklear terhad "kemusnahan nuklear sejagat secara perlahan-lahan" menegaskan bahawa apabial perang sedemikian meletus yang lain pasti mengekori dalam tempoh beberapa abad, menjadikan planet tidak boleh didiami dengan cara yang sama seperti "perang nuklear sepenuhnya" antara kuasa besar, hanya ia akan mengambil masa yang lebih lama dan menyakitkan untuk mencapai hasil yang sama.

Jangkaan yang paling optimistik sekalipun mengenai kesan pertempuran nuklear masih menganggarkan kematian jutaan penduduk awam dalam tempoh masa yang singkat; jangkaan yang lebih pesimistik pula mendakwa bahawa perang nuklear skala penuh akan membawa kepupusan manusia atau hampir pupus dengan sekelompok kecil manusia (kebanyakannya dikawasan terpencil) melarat kepada tempoh hayat dan tahap kehidupan serupa seperti sebelum zaman pertengahan dan menyebabkan kemusnahan kekal kepada kehidupan paling rumit di planet, sistem ekologi Bumi, dan cuaca sejagat. Ia pada mod terakhir yang menyebabkan perperangan nuklear biasanya dikaitkan sebagai senario peranti hari kiamat.

Kategori ketiga, biasanya tidak dimasukkan dengan dua di atas, adalah perang nuklear tidak sengaja, dalam mana perang nuklear dimulakan tanpa sengaja. Senario yang mungkin bagi ini termasuk kerosakan peranti amaran awal dan komputer pensasar, deliberate malfeasance oleh komander tentera liar, kapal terbang terbabas memasuki ruang udara musuh, reaksi kepada ujian peluru berpandu yang tidak diumumkan semasa ketegangan diplomatik, tindak balas kepada latihan ketenteraan, salah terjemah atau salah faham dalam hubungan perutusan, dan lain-lainnya. Sejumlah senario ini pernah berlaku semasa Perang Dingin, sungguhpun tiada antaranya yang mencetuskan pertukaran nuklear.[1] Kebanyakan senario sedemikian telah digambarkan dalam budaya popular senjata nuklear, seperti novel Fail-Safe 1962 (diterbitkan sebagai wayang pada tahun 1964) dan wayang Dr. Strangelove or: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb, juga dibebaskan pada tahun 1964.

Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang pernah menggunakan senjata nuklear semasa peperangan, bekerjasama dengan United Kingdom dan menggunakan dua bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 1945.

Selepas pengeboman Jepun, ia tidak jelas apakah status bom atom kepada hubungan antarabangsa atau tindakan ketenteraan. Ia dipercayai bahawa senjata atom mampu mengimbangi kelebihan kuasa yang dimiliki Soviet Union di Eropah Timur, dan kemungkinannya boleh digunakan bagi menekan pemimpin Soviet Joseph Stalin bagi konsasi. Sungguhpun Stalin bimbangkan bom atom, dia turut membangunkan keupayaan atomnya sepantas mungkin. Pihak Rusia percaya bahawa Amerika tidak mungkin memulakan perang dunia lain dengan simpanan nuklear terhad mereka dan Amerika sendiri tidak yakin mampu menahan Soviet daripada merampas Eropah walaupun dengan penggunaan bom atom. Dengan itu, ia tidak menjadi cip perbincangan sekuat yang diharapkan oleh Amerika.

Amerika Serikat menjatuhkan bom atom di kota Hiroshima dan Nagasaki, Jepang, pada bulan Agustus 1945, tahap akhir Perang Dunia Kedua. Dua operasi pengeboman yang menewaskan sedikitnya 129.000 jiwa ini merupakan penggunaan senjata nuklir masa perang untuk pertama dan terakhir kalinya dalam sejarah.

Pada tahun terakhir Perang Dunia II, Sekutu bersiap-siap melancarkan serbuan ke daratan Jepang yang memakan biaya besar. Amerika Serikat sebelumnya melaksanakan kampanye pengeboman yang meluluhlantakkan banyak kota di Jepang. Perang di Eropa selesai setelah Jerman Nazi menandatangani instrumen penyerahan diri pada tanggal 8 Mei 1945. Akan tetapi, Jepang menolak memenuhi tuntutan Sekutu untuk menyerah tanpa syarat. Perang Pasifik pun berlanjut. Bersama Britania Raya dan Cina, Amerika Serikat meminta pasukan Jepang menyerah dalam Deklarasi Potsdam tanggal 26 Juli 1945 atau menghadapi "kehancuran cepat dan besar". Jepang mengabaikan ultimatum tersebut.

Pada bulan Juli 1945, Proyek Manhattan yang dirintis Sekutu berhasil melaksanakan pengujian bom atom di gurun New Mexico. Mereka memproduksi senjata nuklir berdasarkan dua rancangan pada bulan Agustus. 509th Composite Group dari Pasukan Udara Angkatan Darat Amerika Serikat dilengkapi dengan Boeing B-29 Superfortress khusus versi Silverplate yang mampu mengangkut bom nuklir dari Tinian di Kepulauan Mariana.

Tanggal 6 Agustus, A.S. menjatuhkan bom atom uranium jenis bedil (Little Boy) di Hiroshima. Presiden Amerika Serikat Harry S. Truman meminta Jepang menyerah 16 jam kemudian dan memberi peringatan akan adanya "hujan reruntuhan dari udara yang belum pernah terjadi sebelumnya di muka bumi." Tiga hari kemudian, pada tanggal 9 Agustus, A.S. menjatuhkan bom plutonium jenis implosi (Fat Man) di Nagasaki. Dalam kurun dua sampai empat bulan pertama setelah pengeboman terjadi, dampaknya menewaskan 90.000–146.000 orang di Hiroshima dan 39.000–80.000 di Nagasaki; kurang lebih separuh korban di setiap kota tewas pada hari pertama. Pada bulan-bulan seterusnya, banyak orang yang tewas karena efek luka bakar, penyakit radiasi, dan cedera lain disertai sakit dan kekurangan gizi. Di dua kota tersebut, sebagian besar korban tewas merupakan warga sipil meskipun terdapat garnisun militer besar di Hiroshima.

Tanggal 15 Agustus, enam hari setelah pengeboman Nagasaki dan Uni Soviet menyatakan perang, Jepang menyatakan menyerah kepada Sekutu. Tanggal 2 September, Jepang menandatangani instrumen penyerahan diri yang otomatis mengakhiri Perang Dunia II. Pengaruh pengeboman ini terhadap penyerahan diri Jepang dan alasan etisnya masih diperdebatkan sampai sekarang.

10 perkara anda perlu tahu mengenai pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Sempena ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ke-70, berikut 10 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai serangan tersebut. -Gambar AFP
PERISTIWA pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.


1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 'Enola Gay' menjatuhkan bom atom bergelar 'Little Boy' di Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.

4. Menurut sebuah buku berjudul 'Hiroshima 1946', selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

FB
 
5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu.

Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

FB


7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.
8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

FB


9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom

PEPERANGAN MENCABULI KEAMANAN MASYARAKAT

Peperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan negatif kepada sesebuah negara. Bincangkan kesan-kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.

Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara. Hal ini membangkitkan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian, usaha yang dilakukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana perkara ini tidak mendatangkan apa-apa faedah sekalipun. Terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.

Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatikan ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kekejaman tentera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, alat pengangkutan dan ternakan juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikemanusiaan ini. Matlamat mereka hanyalah untuk melihat masyarakat setempat menderita dan hidup dalam kedaifan tanpa sebarang kemudahan asas. Justeru itu, peperangan merupakan suatu perkara yang amat menyeksakan bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di serata tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa dengan teruk sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesuatu kawasan itu. Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat manusia.
Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. 

Proses pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekali gus mengakibatkan seluruh negara tersebut diancam pelbagai penyakit. Bagi mereka yang terhidu gas uranium oksida ini atau mengambil makanan yang terdedah kepadanya akan menimbulkan kesan negatif kepada sistem perkembangan tubuh badan. Gas-gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut adalah kanak-kanak dan orang tua. Natijahnya, peperangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.

Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat setempat terpaksa melepaskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan mereka semata-mata untuk berperang demi keamanan dan keselamatan mereka semua. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik semula modal yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma yang tidak dapat menanggung kos operasinya, akan memberhentikan operasi firma tersebut dan mereka akan kembali pulang ke negara asal mereka. Ini akan menyebabkan negara tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam kalangan penduduk semakin tinggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.

Seperti yang kita maklum, peperangan yang berterusan akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang huru-hara akan mengalami gangguan emosi yang teruk sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka telah melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli keluarga mereka seperti diperkosa, dibedil dengan peluru berpandu, ditembak dengan bom dan sebagainya. Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain kerana ada di antara mereka yang mengalami kecacatan dari segi fizikal dan mental Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka dan kekal dalam ingatan untuk selamanya.

Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamanya dari segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat. Untuk mengelak daripada berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah negara itu. Setiap peperangan yang berlaku, bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa, malah pembangunan negara dari segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin kita seharusnya bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keamanan negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.