Wednesday, January 13, 2016

Orang Kurang Upaya - Hak Asasi kepada Aksesibiliti

Aksesibiliti prasarana bagi OKU di Malaysia masih terdapat kekurangan terutamanya di IPT. Hal ini adalah kerana wujud kelemahan yang ketara dari segi penyediaan kemudahan prasarana bagi membantu golongan OKU ini. Kebajikan golongan ini masih belum terjaga sepenuhnya.



Antara beberapa kekurangan aksesibiliti yang masih nampak ketara adalah prasarana di IPT, tempat-tempat awam dan rekreasi serta tempat beribadat. Bertumpukan prasarana di IPT, kekurangan kemudahan di IPT menyebabkan golongan OKU ini tidak diberi peluang untuk mendapatkan hak dan menghadapi masalah limitasi untuk menggunakan prasarana yang ada sama seperti pelajar IPT yang lain.

Walaubagaimanapun, sebagai contoh, di Malaysia hanya 3 Universiti Awam (UA) sahaja yang memberi penekanan kepada prasarana golongan OKU iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Kemudahan-kemudahan yang disediakan masih berada di tahap kurang memuaskan.

Berbanding dengan prasarana yang disediakan di beberapa kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, dan swasta memiliki akses kepada prasarana yang baik untuk golongan OKU. 

Kebanyakkan pejabat kerajaan telah mempunyai sistem prasarana OKU yang baik dan perkara ini wajar dipertimbangkan untuk diaplikasikan di peringkat IPT bagi golongan pelajar mahupun pensyarah.



Akses kepada kemudahan untuk golongan OKU di IPT ini bukan sekadar kemudahan untuk meletakkan kenderaan sahaja, tetapi termasuklah kemudahan untuk mengakses asrama atau kolej kediaman, dewan kuliah, kafe, tempat rekreasi, dan pengangkutan awam. 

Kelemahan dengan tiada usaha keras untuk mewujudkan kemudahan pelajar OKU di IPT menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan tempat melanjutkan pelajaran sedangkan mereka mempunyai potensi yang sama seperti pelajar IPT yang lain.

Masalah pertama yang dikenalpasti tentang mengapa sistem pendidikan OKU kurang perkembangannya adalah kerana kekurangan guru pakar OKU. Isu ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Beberapa tahun yang lalu lagi telah wujud isu ini sejak Jabatan Pelajaran di setiap negeri membuka peluang iklan pekerjaan secara terbuka kepada orang awam yang berminat untuk mengajar kelas Pendidikan Khas di sekolah (2012).

Antara masalah yang dapat dikenal pasti dalam sistem pendidikan OKU adalah golongan OKU sukar untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran, menggunakan teknologi yang kurang mesra-OKU, kemudahan untuk mengakses maklumat, dan golongan ini juga sukar untuk menduduki peperiksaan. Sistem Pendidikan OKU di beberapa IPT tidak mampu memberi akses yang lengkap kepada golongan OKU ini.




Bahan-bahan pembelajaran seperti nota subjek dan alat kelengkapan pembelajaran bagi golongan OKU yang mempunyai kecacatan fizikal seperti perlu disediakan oleh pihak universiti atau diberi bantuan oleh pihak kerajaan supaya mudah untuk mereka mengakses pembelajaran di universiti





No comments:

Post a Comment